20/1/2025 Sementara masih tengah siapkan CANDI v2 (speech recognition function) kita diminta untuk cuba calibrate dan troubleshoot load cell yang ada masalah untuk dapatkan bacaan berat objek. Lepas tengok schematic diagram, benda ni sama konsep macam wheatstone bridge yang pernah belajar waktu kelas MI sem 3. Bezanya dia ada Vi+- dan Vo+- untuk dapatkan reading perubahan voltage bila berlaku pembengkokan pada besi. Setakat sekarang kita hanya belajar konsep dia dahulu dan masih belum buat troubleshooting dan calibration sebab nak selesaikan dulu CANDI v2 bila cuba run speech test code untuk insert jawapan menggunakan speech, dia ada problem related to ERROR: failed building wheel for pyaudio. Kita pun refer la kepada official account SpeechRecognition library dalam GitHub. Duk mencari je la cara selesaikan masalah sepanjang petang tu.
30/12/2024 Hari pertama mula intern di company Robomy placement di MJII dulu. Tugas pertama yang diberi ialah menyediakan slide presentation planning sepanjang intern untuk dibentangkan ke supervisor Robomy esok hari
22/1/2025 Sesi pagi, sementara masuk waktu mengajar kelas soga pukul 2 sampai 5, kita siapkan CANDI v2 terus sebabkan dia dah dapat breakthrough semalam. Kalini dia dah boleh received command and convertkan the speech to text untuk dimasukkan ke dalam slot answer instead of kita type the answer. Cumanya dia boleh terima jawapan in English as of now. Kalau typing kita boleh pilih language Bahasa Melayu to insert as jawapan. Nak fix masalah ni kalau ikut official page senang je, just install module, then siap. Sesi petang, kelas bersama Soga kalini kita dah nampak pace mengajar macam mana. This time kita akan go through balik basic course unit 1 atas permintaan ramai. Kelas harini ramai yang dapat follow apa yang diajar. Style mengajar ialah, selagi semua tak dapat follow kita tak akan teruskan topik baru. Harapnya unit-unit akan datang nanti pun diorang boleh follow la sebab unit 1 ni benda paling basic sekali so tak pelik kalau semua boleh ikut.
Comments
Post a Comment